ADN

Enam keluarga mangsa kebakaran Taman Sri Jerlok, Kajang terima bantuan

21 Jul 2023, 12:36 AM
Enam keluarga mangsa kebakaran Taman Sri Jerlok, Kajang terima bantuan
Enam keluarga mangsa kebakaran Taman Sri Jerlok, Kajang terima bantuan
Enam keluarga mangsa kebakaran Taman Sri Jerlok, Kajang terima bantuan

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 21 JULAI: Enam keluarga mangsa kebakaran di Jalan TSJ 1, Taman Sri Jelok, Kajang menerima sumbangan tunai daripada penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Hee Loy Sian berkata sumbangan segera itu membabitkan jumlah keseluruhan RM4,000 bagi meringankan beban ditanggung mangsa selepas berdepan musibah itu.

[caption id="attachment_594150" align="aligncenter" width="743"]
Penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Hee Loy Sian menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Jalan TSJ 1, Taman Sri Jelok, Kajang pada 20 Julai 2023. Foto Facebook Hee Loy Sian[/caption]

“Empat keluarga ini menerima RM500 manakala dua keluarga lain, RM1,000 melihat kepada kerosakan teruk kediaman mereka.

“Semoga bantuan yang diberikan mampu menampung perbelanjaan termasuk memenuhi barangan keperluan harian,” katanya ketika dihubungi Selangorkini.

[caption id="attachment_594151" align="aligncenter" width="811"] Keadaan rumah yang terlibat kebakaran di Jalan TSJ 1, Taman Sri Jelok, Kajang pada 20 Julai 2023. Foto Facebook Hee Loy Sian[/caption]

Dalam kejadian 1.30 tengah hari semalam, enam rumah di lorong itu terbakar dan operasi pemadaman dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Kajang, Serdang, Semenyih dan Bangi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619