AGENSI

Tingkat keselesaan pengguna, Infrasel teruskan kerja baik pulih jalan

20 Jul 2023, 9:48 AM
Tingkat keselesaan pengguna, Infrasel teruskan kerja baik pulih jalan
Tingkat keselesaan pengguna, Infrasel teruskan kerja baik pulih jalan

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 20 JULAI: Kerja baik pulih jalan besar-besaran  yang dilaksanakan sejak Mei lalu diteruskan Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) ke daerah Petaling semalam.

Syarikat penyelenggara jalan negeri berkata menerusi projek itu pihaknya melaksanakan kerja mengecat garisan jalan raya di Jalan Persiaran Puchong Permai Subang Jaya.

“Semoga  kerja-kerja ini sedikit sebanyak dapat memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya,”  katanya menerusi Twitter hari ini.

Selain turapan jalan rosak, turut dilaksanakan kerja pembersihan longkang di Lorong Masjid Pulau Meranti Puchong semalam bagi memastikan sistem saliran longkang dalam keadaan baik.

[caption id="attachment_594101" align="aligncenter" width="707"] Petugas Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) menjalankan kerja pembersihan longkang di Lorong Masjid Pulau Meranti, Puchong bagi memastikan sistem saliran air dalam keadaan baik pada 19 Julai 2023. Foto Twitter Infrasel[/caption]

Bermula 1 Jun, kerja turapan jalan rosak secara mega dilaksanakan di serata negeri bagi memastikan keadaan jalan baik sekali gus meningkatkan keselamatan pengguna dan mengurangkan risiko kemalangan.

Projek berkenaan melibatkan 66 jalan di Petaling diikuti Klang (39), Gombak (29), Hulu Langat (27), Sepang (19), Sabak Bernam (17), Kuala Langat (16), Kuala Selangor (11) dan Hulu Selangor (lapan).

Pada 7 Jun, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sistem aduan kerosakan jalan raya di negeri ini akan diperluas ke Facebook untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat.

Cadangan itu tambahan kepada penggunaan Twitter dan aplikasi penyelenggara jalan raya negeri yang dikendalikan Infrasel Sdn Bhd (Infrasel).

Pada 13 Mei, Amirudin turut mengumumkan Selangor menerima peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah untuk membaiki jalan kampung seluruh negeri.

Sejak 2021 hingga tahun lalu, lebih 39,000 kerja turapan jalan dilaksanakan Infrasel bagi memastikan keselesaan pengguna.

Semua jalan berlubang itu dibaiki dalam tempoh 24 jam berdasarkan aduan orang ramai.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619