AGENDA

MB tidak lapor polis, pendakwaan Sanusi atas aduan Dewan di-Raja

19 Jul 2023, 7:20 AM
MB tidak lapor polis, pendakwaan Sanusi atas aduan Dewan di-Raja
MB tidak lapor polis, pendakwaan Sanusi atas aduan Dewan di-Raja

SHAH ALAM, 19 JULAI: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari tidak membuat sebarang laporan polis hingga mengakibatkan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor didakwa di mahkamah.

Meski menganggap perbuatan pemimpin PAS itu menghina institusi raja sebagai kurang ajar dan melampaui batas, beliau berkata pendakwaan dibuat berasaskan aduan Dewan di-Raja Selangor.

"Pendakwaan Sanusi berasaskan kepada aduan bahawa beliau telah menghina Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor. Ahli Dewan Diraja Selangor telah membuat laporan polis pada 14 Julai.

"Saya sendiri tidak buat laporan polis walaupun Sanusi menghina fizikal saya," katanya menerusi Facebook hari ini.

Beliau yang juga pengerusi Pakatan Harapan Selangor percaya perbuatan Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional itu lumrah bagi kebanyakan pemimpin gabungan pembangkang berkenaan.

Justeru, Amirudin menasihati semua pihak khususnya pemimpin politik supaya memelihara institusi raja Melayu dan keharmonian seluruh rakyat sepanjang proses pilihan raya negeri.

“Berkempenlah dengan sihat, jauhi fitnah, jangan rosakkan keharmonian rakyat di Selangor, jangan hina DYMM Sultan Selangor dan rakyat negeri ini,” katanya.

Semalam, Sanusi yang juga menteri besar Kedah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang atas dua

tuduhan menghasut dalam ceramah di Taman Selayang Mutiara, Gombak jam 11 malam pada 11

Julai.

Beliau didakwa mengeluarkan mempertikai Sultan Selangor melantik Dato’ Menteri Besar dan penubuhan kerajaan perpaduan yang kononnya tidak dititah Yang di-Pertuan Agong.

Bagi kedua-dua tuduhan bawah Akta Hasutan 1948, Sanusi didakwa ada kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang cenderung membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619