ad
AGENDA

Amaran angin kencang, laut bergelora sekitar perairan negara hingga 26 Julai

19 Jul 2023, 6:18 AM
Amaran angin kencang, laut bergelora sekitar perairan negara hingga 26 Julai

KUALA LUMPUR, 19 JULAI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di sekitar perairan negara hingga Rabu depan.

MetMalaysia dalam kenyataan dikeluarkan 10.40 pagi tadi memaklumkan Amaran Kategori Kedua melibatkan kejadian angin kencang barat berkelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam (kmj) dengan ketinggian ombak sehingga 4.5 meter (m), dikeluarkan di kawasan perairan Phuket.

Menurut MetMalaysia, keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Selain itu, Amaran Kategori Pertama melibatkan fenomena angin kencang berkelajuan 40 hingga 50kmj dengan ketinggian ombak mencecah 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Selat Melaka Utara, timur laut Samui, utara Condore, utara Reef North, Layang-Layang dan Palawan.

"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut," menurut kenyataan itu.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.