AGENDA

Perpaduan terbukti bawa kejayaan, teladani kerajaan Madinah

18 Jul 2023, 1:59 PM
Perpaduan terbukti bawa kejayaan, teladani kerajaan Madinah
Perpaduan terbukti bawa kejayaan, teladani kerajaan Madinah

SHAH ALAM, 18 JULAI: Perpaduan yang dibentuk Nabi Muhammad SAW sejurus peristiwa Hijrah sehingga membawa kejayaan kepada Kerajaan Islam wajar diteladani, kata Dato Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata permuafakatan antara Muhajirin dan Ansar membangunkan Madinah sebagai pusat perkembangan syiar Islam menjadi contoh bahawa perpaduan menjadi pemangkin pembangunan negara.

"Perpaduan adalah elemen penting yang menjayakan kerajaan Islam di Madinah sejurus peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW dan para sahabat Baginda.

"Di Selangor, perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang bangsa adalah kunci kejayaan negeri ini. Selangor sifatnya rencam dan unik, Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, kedudukan Raja-Raja Melayu dan hak istimewa orang Melayu terus dipelihara dan dijamin di bawah Perlembagaan dan prinsip pentadbiran Kerajaan Negeri.

"Semoga dengan kedatangan tahun baru 1445H ini,  Selangor Darul Ehsan terus maju, makmur dan dirahmati Allah SWT," katanya menerusi perutusan Maal Hijrah 1445H.

Program ambang Hijrah dan sambutan Maal Hijrah Selangor berlangsung petang tadi di Dewan Solat Bawah Masjid Negeri, Shah Alam.

Sambutan sama di peringkat Kebangsaan pula dijadual berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur esok dengan tema Perpaduan Teras Malaysia Madani.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619