AGENDA

Negeri salur RM20 juta cat semula perumahan berstrata, kos rendah di 56 DUN

18 Jul 2023, 12:00 PM
Negeri salur RM20 juta cat semula perumahan berstrata, kos rendah di 56 DUN
Negeri salur RM20 juta cat semula perumahan berstrata, kos rendah di 56 DUN

PETALING JAYA, 18 JULAI: Sejumlah RM20 juta diperuntuk Kerajaan Negeri untuk kerja mengecat semula perumahan berstrata dan kos rendah yang uzur.

EXCO Perumahan Rodziah Ismail berkata peruntukan bawah projek Inisiatif Selangor Penyayang disalurkan bermula awal tahun ini kepada 56 Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Menerusi inisiatif ini kita mengecat kawasan yang dah lama sangat yang sudah sangat uzur. Kita sudah mulakan sejak awal tahun ada yang sudah siap seperti di Pelabuhan Klang dan dalam proses seperti di Shah Alam dan Sepang.

“Sekurang-kurangnya satu kawasan di setiap DUN kita baik pulih khususnya untuk mengecat dan ia tidak semestinya Program Perumahan Rakyat (PPR), rumah kos rendah juga (terlibat),” katanya hari ini.

[caption id="attachment_593647" align="aligncenter" width="758"] Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming (tengah) diiringi Timbalannya Akmal Nasrullah Mohd Nasir dan EXCO Perumahan Rodziah Ismail ketika merasmian Projek Penggantian Lif di PPR Kota Damansara, Petaling Jaya pada 18 Julai 2023. Foto SUHAILA SHAHRUL ANNUAR/SELANGORKINI[/caption]

Terdahulu, beliau mengiringi Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming bagi merasmikan projek penggantian lif di PPR Kota Damansara di sini.

Projek berkenaan membabitkan penggantian 12 lif baharu di empat blok PPR Kota Damansara dengan kos RM3.7 juta.

Turut diwujudkan ruang komuniti, baik pulih besi penghadang di lereng bukit dan papan tanda di PPR Kota Damansara hasil sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) rakan strategik dan agensi di bawah KPKT.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619