ADN

RM30,000 naik taraf taman permainan, bina gelanggang bola keranjang

17 Jul 2023, 2:30 PM
RM30,000 naik taraf taman permainan, bina gelanggang bola keranjang
RM30,000 naik taraf taman permainan, bina gelanggang bola keranjang
RM30,000 naik taraf taman permainan, bina gelanggang bola keranjang

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 16 JULAI: Taman permainan kanak-kanak di Taman Sri Cheras siap dinaik taraf dengan kos RM30,000 menerusi peruntukan Projek Selangor Penyayang (PSP) pada 13 Jun.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong berkata projek yang bermula 15 Mei itu turut membina gelanggang bola keranjang dan trek larian.

[caption id="attachment_571983" align="aligncenter" width="809"] Ahli Dewan Negeri Balakong Wong Siew Ki. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

"Kita memanfaatkan sebaiknya peruntukan PSP untuk membaik pulih taman permainan ini bagi memberi keselesaan kepada penduduk setempat untuk menjalani aktiviti riadah bersama keluarga,” kata Wong Siew Ki ketika dihubungi.

Pada 10 Julai lalu, Siew Ki memaklumkan sebanyak 10 kemudahan awam di kawasan DUN Balakong selesai dinaik taraf bawah PSP tahun ini.

Penyelenggaraan infrastruktur dengan peruntukan RM100,000 dijalankan bersama Majlis Perbandaran Kajang serta Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat.

[caption id="attachment_593555" align="aligncenter" width="746"] Taman permainan kanak-kanak di Taman Sri Cheras, Balakong siap dinaik taraf lengkap dengan kemudahan trek larian dan gelanggang bola keranjang pada 13 Jun 2023. Foto Wong Siew Ki[/caption]

Kerja naik taraf meliputi pintu gerbang Kampung Baru Balakong, Kampung Baru Batu 11 dan Kampung Sungai Balak termasuk taman permainan di Taman Suria Jaya, Taman Bukit Angsana, Taman Taming Kiri serta Taman Sri Cheras.

Belanjawan Selangor memperuntuk RM28 juta bagi mempergiat dan merancakkan ekonomi setempat melalui penyediaan projek kecil bawah PSP

Keutamaan projek itu melibatkan penyelenggaraan dan menaik taraf infrastruktur serta pembangunan kemudahan awam kerajaan termasuk yang tidak mempunyai peruntukan penyelenggaraan tahunan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619