AGENDA

Beregu lelaki negara rangkul juara Terbuka AS 2023

17 Jul 2023, 12:37 AM
Beregu lelaki negara rangkul juara Terbuka AS 2023

KUALA LUMPUR, 17 JULAI: Beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani berjaya merangkul gelaran pertama mereka tahun ini selepas muncul juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2023, pada Ahad.

Pasangan pilihan ketiga kejohanan itu, hanya memerlukan 30 minit untuk mengetepikan cabaran pasangan pilihan ketujuh kejohanan dari Taiwan, Lee Fang-Chih-Lee Fang-Jen, 21-9 dan 21-10 pada aksi final yang berlangsung di Pusat Mid-America, Council Bluffs, Iowa.

Terbuka AS ini merupakan kejohanan pertama buat pasangan ke-53 dunia itu, selepas mereka berpisah pada Februari tahun ini, dan kembali bersama bulan lepas.

Kemenangan ini sekali gus menyaksikan mereka memecah kebuntuan tanpa gelaran selama lebih setahun selepas kali terakhir ia dilakukan pada Terbuka Jerman 2022, apabila menewaskan pasangan dari China Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi, 23-21, 16-21, 21-14.

Sze Fei-Nur Izzuddin meraih US$16,590 (RM77,562), susulan kemenangan dilakar mereka manakala naib juara Fang-Chih-Fang-Jen, memperoleh US$7,980 (RM37,308).

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619