EXCO

Lebih 2,000 sertai himpunan pesilat, warisan berharga yang perlu dipertahan

16 Jul 2023, 9:01 AM
Lebih 2,000 sertai himpunan pesilat, warisan berharga yang perlu dipertahan
Lebih 2,000 sertai himpunan pesilat, warisan berharga yang perlu dipertahan
Lebih 2,000 sertai himpunan pesilat, warisan berharga yang perlu dipertahan
Lebih 2,000 sertai himpunan pesilat, warisan berharga yang perlu dipertahan

SHAH ALAM, 16 JULAI: Lebih 2,000 ahli silat seluruh Selangor menyertai program Himpunan Perpaduan Silat Melayu Se-Paya Jaras di sini hari ini, bagi merapatkan hubungan antara mereka.

Program melibatkan pelbagai seni silat antaranya silat cekak, silat lincah, silat gayong, silat abjad, silat hanafi dan silat gayong cula sakti itu dirasmikan EXCO Sukan Mohd Khairudin Othman.

Beliau dalam ucapannya berkata program julung kali itu bakal menjadi acara tahunan selain memastikan seni pertahanan diri kekal selamanya dalam kehidupan masyarakat.

[caption id="attachment_593321" align="aligncenter" width="717"] Pesilat menunjukkan kemahiran seni bela diri sempena majlis perasmian Himpunan Perpaduan Silat Melayu Se-Paya Jaras di Padang Awam Aman Putri, Sungai Buloh, Shah Alam pada 16 Julai 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

“Tahun depan kita sasar 6,000 peserta. Guru-guru silat yang ada hari ini juga bersetuju untuk sertai lagi dan mengumpulkan lebih banyak aliran. Program ini juga secara tidak langsung akan menarik minat penyertaan orang muda,” katanya.

Dalam majlis berkenaan Khairudin yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Paya Jaras turut menyumbang RM1,000 kepada setiap persatuan seni bela diri.

“Harap program ini menjadi platform kepada persatuan atau perguruan silat merancakkan aktiviti mereka sekali gus mengasah bakat baharu yang bakal diketengahkan,” katanya.

[caption id="attachment_593324" align="aligncenter" width="717"] Pesilat menunjukkan kemahiran seni bela diri sempena majlis perasmian Himpunan Perpaduan Silat Melayu Se-Paya Jaras di Padang Awam Aman Putri, Sungai Buloh, Shah Alam pada 16 Julai 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

[caption id="attachment_593319" align="aligncenter" width="717"] Ribuan pesilat menghadiri majlis perasmian Himpunan Perpaduan Silat Melayu Se-Paya Jaras di Padang Awam Aman Putri, Sungai Buloh, Shah Alam pada 16 Julai 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619