PBT

MPAJ disasar capai status bandar raya dalam tempoh tiga tahun

16 Jul 2023, 2:33 AM
MPAJ disasar capai status bandar raya dalam tempoh tiga tahun

Oleh Naz Norziela Nasbah

AMPANG JAYA, 16 JULAI: Kerajaan Negeri menyasarkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dinaik taraf kepada status bandar raya dalam tempoh tiga tahun.

Dato’ Menteri Besar berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) itu perlu memenuhi beberapa kriteria antaranya merangka dasar kehidupan lestari yang memenuhi keperluan rakyat di kawasan pentadbirannya.

"Melihat kepada rekod, kemudahan yang dimiliki MPAJ sebenarnya sudah layak namun perlu memastikan PBT mempunyai hasil yang mencukupi untuk mampu menguruskan taraf sebuah bandar raya.

"Kita tidak mahu kualiti yang ada di Ampang Jaya terlalu jauh walaupun masih berstatus perbandaran berbanding bandar raya Kuala Lumpur.

“Justeru, kerajaan Negeri merangka pelan khusus menerusi Rancangan Selangor Pertama (RS-1) untuk menaik taraf kemudahan termasuk membawa industri berkualiti tinggi ke semua kawasan," kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau berucap pada program Ampang Jaya Night Run (AJNR) anjuran MPAJ di Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, di sini, malam tadi. Turut hadir Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail dan Yang Dipertua MPAJ Dr Ani Ahmad.

Pada 11 Januari lalu, Amirudin berkata RS-1 merupakan kemuncak agenda pembangunan negeri yang dirancang dalam tempoh beberapa tahun ini.

Beliau  berkata menerusi Belanjawan Selangor 2019, dasar klusterisasi ekonomi dirangka supaya kemajuan dapat dirancakkan ke segenap kawasan tanpa tertumpu kawasan maju seperti Petaling dan Klang sahaja.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619