PBT

Larian malam MPAJ disertai 2,500 peserta, rapatkan hubungan antara komuniti

16 Jul 2023, 2:11 AM
Larian malam MPAJ disertai 2,500 peserta, rapatkan hubungan antara komuniti
Larian malam MPAJ disertai 2,500 peserta, rapatkan hubungan antara komuniti

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

AMPANG JAYA, 16 JULAI: Seramai 2,500 peserta menyertai larian malam Ampang Jaya Night Run (AJNR) anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di Jalan Pandan Utama, Pandan Indah di sini malam tadi.

Yang Dipertua MPAJ Dr Ani Ahmad berkata penganjuran kali keenam itu juga adalah satu daripada aktiviti sempena ulang tahun MPAJ ke-31 pada 1 Julai lalu.

“Jika sebelum ini, acara larian kami anjur di kawasan Taman Melawati, namun sempena ulang tahun MPAJ ke-31, ia dijalankan di hadapan ibu pejabat MPAJ dengan lima kategori dipertandingkan termasuk enam dan 12 kilometer.

[caption id="attachment_593232" align="aligncenter" width="862"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melepaskan peserta larian 6 kilometer ketika program Larian Malam Ampang Jaya (AJNR) 2023 di Jalan Pandan Utama, Ampang Jaya pada 15 Julai 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

“Sambutan diterima menggalakkan dan kita lihat ia sebagai usaha mendekatkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bersama penduduk komuniti Ampang Jaya untuk menjayakan program sebegini serta penganjuran aktiviti lain pada masa hadapan,” katanya.

Majlis perasmian dan pelepasan peserta AJNR disempurnakan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Penganjuran bersama Menteri Besar Incorporated (MBI), Kembara Es Sdn Bhd dan N8 Sports Nutrition itu menyediakan pelbagai hadiah menarik selain menawarkan hadiah utama sebuah televisyen pintar 50 inci dan jam tangan Garmin untuk peserta.

Turut diadakan gimik majlis penyerahan hadiah utama Cabutan Bertuah Cukai Taksiran MPAJ 2023 untuk penggal pertama iaitu dua motosikal Honda Vario kepada pemenang bertuah yang diumumkan 27 Jun lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619