AGENDA

MB dengar suara anak muda, terima pandangan rangka ekosistem

15 Jul 2023, 12:00 PM
MB dengar suara anak muda, terima pandangan rangka ekosistem
MB dengar suara anak muda, terima pandangan rangka ekosistem

PETALING JAYA, 15 JULAI: Seramai 300 belia pelbagai bidang berkumpul hari ini bagi melontar pandangan dan berkongsi masalah dengan Dato’ Menteri Besar.

Program Suara Anak Muda #INIMASAKAMI berlangsung dari pagi tadi di Live Art di sini turut dihadiri Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung.

Dato’ Seri Amirudin Shari dalan ucapannya memuji penganjuran program dan berharap ia kerap diadakan bagi memberi peluang kepada semua pihak bersuara.

“Pandangan semua ini membolehkan kita merangka ekosistem menyeluruh dan lebih sistematik.

“Semua masalah perlu ditangani dari peringkat akar sebab di situ asas ekosistem. Kita kena tahu masalah utama untuk selesaikan sepenuhnya,” katanya.

[caption id="attachment_593151" align="alignnone" width="929"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berucap ketika Program Suara Anak Muda #INIMASAKAMI
berlangsung sehari di PJ Live Art, Petaling Jaya pada 15 Julai 2023.
Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Sementara itu, jawatankuasa penganjur berkata program terbabit menjadi platform termasuk pelajar bersuara mengenai bidang masing-masing.

“Peserta dari pelbagai bidang. Ada dari kalangan profesional, pekerja am, pelajar, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) selain wakil orang kelainan upaya (OKU).

“Hari ini mereka boleh terus menyampaikan masalah atau pandangan mereka kepada Dato’ Menteri Besar. Ini memudahkan pentadbiran mengetahuinya lebih lanjut,” kata Arif Fikri Ridzwan.

Antara dibangkitkan isu pengangkutan, kos sara hidup, rancangan bandar, pembangunan sukan, sektor ekonomi tambahan selain elaun pelajar latihan amali.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619