AGENDA

Rizab tampung kebajikan rakyat, RM1 bilion lebih tinggi dari era Azmin

15 Jul 2023, 12:00 AM
Rizab tampung kebajikan rakyat, RM1 bilion lebih tinggi dari era Azmin
Rizab tampung kebajikan rakyat, RM1 bilion lebih tinggi dari era Azmin
Rizab tampung kebajikan rakyat, RM1 bilion lebih tinggi dari era Azmin

SHAH ALAM, 15 JULAI: Pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Harapan (HARAPAN) berbelanja sehingga RM2.37 bilion tahun lalu untuk program kebajikan rakyat.

Pengerusi HARAPAN negeri berkata jumlah itu sekali gus menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan Selangor kurang berbelanja meskipun merekodkan rizab yang tinggi.

Menurut Dato' Seri Amirudin Shari, jumlah perbelanjaan untuk program kesejahteraan rakyat meningkat lebih RM1 bilion berbanding pentadbiran lalu yang hanya memperuntuk RM1.3 bilion.

"Ini menunjukkan ada perbezaan RM1 bilion perbelanjaan yang telah digunakan oleh pentadbiran HARAPAN dalam penggal yang ke-14 untuk kebaikan dan kesejahteraan rakyat.

"Buktinya kita bukan mengurang tapi menambah perbelanjaan untuk rakyat sama ada daripada segi kualiti sumbangan seperti program BINGKAS (Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor) apatah lagi jumlah program yang keseluruhannya menjadi 46 program," katanya menerusi video di TikTok.

[caption id="attachment_591579" align="alignnone" width="748"] Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Jelajah Selangor Penyayang daerah Sepang di Kota Warisan, Sepang pada 30 Oktober 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Sebelum ini, bekas Menteri Besar Dato’ Seri Azmin Ali menyangkal hujah HARAPAN bahawa rizab negeri itu meningkat di bawah Amirudin mengatakan rizab digunakan untuk perbelanjaan pembangunan ketika pentadbirannya.

Dato' Menteri Besar menambah jumlah yang dinyatakan tidak termasuk perbelanjaan ketika berdepan pandemik Covid-19 dan banjir besar melanda Selangor pada penghujung 2021.

Menurutnya, Kerajaan Negeri melancarkan lima pakej rangsangan ketika pandemik dengan jumlah keseluruhan melebihi RM1 bilion selain lebih RM100 juta diperuntuk untuk membantu mangsa banjir.

"Jadi tidak benar kita tidak berbelanja, isunya bagaimana kita berbelanja dengan berhemah, telus dan tidak ada kebocoran dan ketirisan.

"Akhirnya rizab meningkat, perbelajaan untuk rakyat tetap meningkat, rakyat tetap hidup dengan selesa dengan natijah Kita Selangor," katanya lagi.

[caption id="attachment_580721" align="alignnone" width="863"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap sempena Jelajah Selangor Penyayang di Stadium Sultan Suleiman, Klang pada 23 Oktober 2022. Foto REMY ARIIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Pada 27 Jun lalu, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengeluarkan data menunjukkan sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) selangor meningkat kepada 25.5 peratus pada 2022, bertambah lebih baik daripada 24.8 peratus pada tahun sebelumnya.

Pertumbuhan ekonomi negeri ini juga meningkat sebanyak 11.9 peratus, melebihi pertumbuhan seluruh negara pada kadar 8.7 peratus tahun lalu.

Sepanjang lima tahun bawah pemimpinan Amirudin, Selangor meraih pertumbuhan ekonomi dengan penambahan hasil negeri, rizab dan pendapatan isi rumah terus menaik selain kadar pengangguran terkawal.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619