AGENDA

PM solat Jumaat bersama 2,000 jemaah di Masjid Al-Khairiyah Taman Seri Gombak

14 Jul 2023, 9:24 AM
PM solat Jumaat bersama 2,000 jemaah di Masjid Al-Khairiyah Taman Seri Gombak
PM solat Jumaat bersama 2,000 jemaah di Masjid Al-Khairiyah Taman Seri Gombak

Oleh Fitri Hazim Hazam

GOMBAK, 14 JULAI: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa bersama orang ramai menikmati makan tengah hari di Restoran Sri Ayu, Taman Seri Gombak di sini hari ini.

Beliau tiba jam 12:30 tengah hari di premis makanan itu dan disambut orang ramai yang menunggu sejak 11:30 pagi.

Anwar dalam ucapannya sebelum menjamu hidangan lauk kampung berharap semua gabungan politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan dapat memperkukuhkan jalinan kerjasama, terutama dalam mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos.

[caption id="attachment_592903" align="aligncenter" width="797"] Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim bersama Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menikmati hidangan tengah hari di Restoran Sri Ayu Taman Sri Gombak pada 14 Julai 2023. Foto MOHD ARIF/SELANGORKINI[/caption]

“29 Julai ini merupakan penamaan calon dan saya harap kita perkuatkan Kerajaan Perpaduan untuk menjalankan kerja dengan baik buat rakyat.

“Kita ada Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amiruddin Shari yang baik dan Pengerusi BN Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin.

“Jadi saya harap kita jangan lupa agenda yang belum dilaksanakan dan Insya-Allah kita akan gunakan pengaruh dan kuasa untuk kepentingan rakyat,” katanya.

Anwar yang memakai baju Melayu meluangkan masa kira-kira 20 minit dan beramah mesra dengan pengunjung di medan selera berkenaan.

Turut hadir Amirudin dan Megat Zulkarnain.

Anwar kemudiannya menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Khairiyah Taman Seri Gombak di sini bersama kariah masjid serta kira-kira 2,000 jemaah.

Anwar yang juga menteri kewangan turut melancar program Majlis Makan Percuma anjuran masjid berkenaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40) yang terkesan dengan kos sara hidup.

Aktiviti makan tengah hari dan solat Jumaat merupakan program mingguan Perdana Menteri untuk bertemu rakyat sejak mengetuai Kerajaan Perpaduan pada November lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619