AGENSI

Jimat separuh belanja, jualan murah terus dinanti penduduk

11 Jul 2023, 12:55 PM
Jimat separuh belanja, jualan murah terus dinanti penduduk
Jimat separuh belanja, jualan murah terus dinanti penduduk

OLEH SHAMZ JOHAN

GOMBAK, 11 JULAI: Program jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) sentiasa dinantikan penduduk pada setiap penganjurannya.

Mula dilaksanakan tahun lalu, Jualan Ehsan Rakyat yang kini dikenali sebagai Jelajah Ehsan Rahmah (JER) membantu penduduk terutama berpendapatan rendah (B40) berjimat.

Suri rumah Amruniya Zakaria, 50, gembira program itu kerap diadakan berhampiran rumahnya di Gombak, yang membantunya berjimat hampir separuh perbelanjaan mingguan.

[caption id="attachment_592355" align="alignleft" width="336"] Amruniya Zakaria 50, bercakap kepada wartawan ketika ditemui pada program Jualan Ehsan Rahmah Parlimen Gombak di Kampung Nakhoda pada 11 Julai 2023. Foto MOHD ARIF/SELANGORKINI[/caption]

"Kalau beli ayam di pasar hampir RM20. Di sini baru RM10, beza harga separuh. Telur dan beras juga murah. Setiap kali ada jualan, saya akan pergi," katanya yang lebih 10 kali berkunjung ke JER.

Pesara Abd Aziz Ramli, 65, pula berharap pentadbiran negeri dapat mewujudkan pasar raya mini yang menjual barangan asas murah supaya penduduk boleh membeli pada bila-bila masa.

"Kita mahu program ini diteruskan serta Kerajaan Negeri cari pendekatan lain supaya rakyat memerlukan dapat menikmati manfaatnya," katanya.

Pada 31 Mei, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan program berkenaan memberi penjimatan kira-kira RM18 juta kepada orang ramai.

JER menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal beku (RM10/pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Orang ramai boleh menyemak lokasi lengkap jualan murah setiap hari (kecuali Jumaat dan cuti umum) di Facebook PKPS atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619