ADN

Lebih 80 peratus jalan rosak di DUN Meru siap diturap

11 Jul 2023, 10:53 AM
Lebih 80 peratus jalan rosak di DUN Meru siap diturap

OLEH NINA FARZUIN MD SHAROM

SHAH ALAM, 11 JULAI: Lebih 80 peratus jalan raya di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Meru siap diturap dan dibaik pulih, sebahagiannya bawah Projek Selangor Penyayang (PSP) bernilai RM1 juta.

Penyandang kerusi DUN terbabit berkata projek itu juga menggunakan dana Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (Marris), yang diuruskan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurut Mohd Fakhrulrazi Mokhtar, ia turut melibatkan peruntukan bawah Majlis Perbandaran Klang dan Jabatan Kerja Raya (JKR), selain sumbangan program tanggungjawab sosial korporat.

“Saya sangat berpuas hati dengan pencapaian ini dan amat berterima kasih kepada PBT, JKR serta pejabat daerah kerana banyak membantu menyelesaikan isu-isu berkaitan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata isu banjir di DUN berkenaan juga akan diatasi melalui pembinaan kolam tadahan di Kampung Budiman, yang dilaksana Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor bernilai RM20 juta.

"Perkembangan projek berjalan 30 peratus dan beri kesan positif apabila kawasan berkenaan tidak lagi dinaiki air. Projek kedua bernilai RM220 juta juga akan dijalankan tidak lama lagi," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619