AGENDA

Kanvas kerap bocor, peniaga lega kemudahan pasar Sungai Long dibaiki

11 Jul 2023, 8:34 AM
Kanvas kerap bocor, peniaga lega kemudahan pasar Sungai Long dibaiki
Kanvas kerap bocor, peniaga lega kemudahan pasar Sungai Long dibaiki

HULU LANGAT, 11 JULAI: Kerja naik taraf dan pembinaan kemudahan awam di Laman Niaga Komuniti Sungai Long bakal memberi keselesaan kepada peniaga dan pengunjung di situ.

Peniaga makanan vegetarian Lou Siew Mee, 54, berkata pembaikan yang diumum termasuk menggantikan bumbung kanvas yang kerap bocor melegakan mereka terutama ketika hujan lebat.

“Mereka kata nak bina bumbung lebih baik berbanding kanvas ketika ini, jadi lebih tahan lama dan kurang risiko untuk bocor. Bila hujan, air masuk dan terkena barang jualan,” katanya.

[caption id="attachment_592279" align="alignleft" width="426"] Peniag, Lou Siew Mee, 54, bercakap kepada Media Selangor ketika ditemui sempena Program Sentuhan Kasih KPKT ke Selangor di Tapak Laman Niaga Komuniti Sungai Long, Hulu Langat pada 11 Julai 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Terdahulu, menteri pembangunan kerajaan tempatan mengumumkan dana RM8.24 juta bagi pelaksanaan enam projek menaik taraf kemudahan di Majlis Perbandaran Kajang dan Majlis Bandaraya Subang Jaya.

Nga Kor Ming memaklumkan sebanyak RM650,000 diperuntuk bagi pembinaan pejabat pengurusan, tandas awam, tempat pembuangan sampah dan struktur berbumbung di Laman Niaga Komuniti Sungai Long.

Turut diselenggara ialah Pasar Bazar Rakyat di Seri Kembangan berjumlah RM300,000 selain kerja kecemasan pembaikan cerun runtuh di Taman Sri Raya Cheras (RM1.5 juta).

Pembaikan juga dibuat di Taman Bukit Mewah Kajang (RM2 juta) dan Taman Lagenda Cheras (RM3 juta).

Sementara itu, Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan menyambut baik agihan dana untuk menaik taraf kemudahan di semua kawasan dinyatakan, yang akan memanfaatkan banyak pihak.

“Di sini terdapat kira-kira 130 peniaga, jadi dengan adanya struktur berbumbung serta kemudahan lain, ia akan memberi lebih keselesaan kepada peniaga dan pengunjung.

“Untuk peruntukan lain seperti pembaikan cerun di Taman Bukit Mewah, contohnya kita sudah lama mahukan dana dan bersyukur akhirnya kerja pembaikan boleh dimulakan,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619