ADN

Terminal Sekinchan buka peluang pengusaha inap desa jana pendapatan

11 Jul 2023, 5:48 AM
Terminal Sekinchan buka peluang pengusaha inap desa jana pendapatan

SHAH ALAM, 11 JULAI: Kewujudan Terminal Sekinchan yang menempatkan pesawat di tengah-tengah sawah di Parit 5 bakal membuka peluang kepada pengusaha inap desa dan peniaga menjana pendapatan.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terbabit berkata tarikan terbaharu itu petanda positif melonjakkan ekonomi setempat, sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan buat anak muda.

Menurut Ng Suee Lim, terminal yang meletakkan pesawat jenis Boeing 727 dikunjungi puluhan ribu orang sejak tular di media sosial, terutama pada hujung minggu dan cuti umum.

"Bayangkan Sekinchan yang dahulunya sebuah perkampungan kecil nelayan kini pesat membangun, bukan sahaja sektor pertanian dan perikanan tetapi pelancongan.

"Sekarang tempat itu tular dan semakin terkenal, masyarakat suka 'Cuti-Cuti ke Sekinchan' dan memilih untuk bermalam di inap desa yang ada di sini," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata pengubahsuaian terminal turut dibuat dari semasa ke semasa, termasuk cadangan membangunkan sebuah kafe premium bagi menggamit lebih ramai pengunjung.

"Pembangunan terminal itu belum selesai lagi, kita akan buat dengan lebih menyeluruh. Saya percaya ini salah satu usaha memajukan semula pelancongan pascapandemik Covid-19," kata Suee Lim.

Pada 16 April, tular di media sosial pesawat yang didaftarkan lebih empat dekad itu dibawa khas menggunakan jalan darat dan menarik perhatian pengunjung untuk merakam gambar serta video.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619