ADN

Lebih 1,500 keluarga B40 terima bantuan Bank Makanan Rawang

11 Jul 2023, 12:35 AM
Lebih 1,500 keluarga B40 terima bantuan Bank Makanan Rawang
Lebih 1,500 keluarga B40 terima bantuan Bank Makanan Rawang

Oleh AZIAN AZIZ

GOMBAK, 11 JULAI: Lebih 1,500 keluarga berpendapatan rendah (B40) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang menerima bantuan bank makanan (food bank) sejak Oktober tahun lalu.

Penyandang kerusi DUN berkata barangan dapur seperti beras, bihun, tepung, minyak dan gula adalah hasil sumbangan pusat khidmat DUN dan beberapa syarikat korporat.

"Kita menyerahkan kotak makanan kepada keluarga yang layak hasil maklumat ketua kampung, persatuan penduduk dan badan bukan kerajaan.

"Selain itu kita juga kerap turun padang untuk meninjau keluarga memerlukan agar tiada yang tercicir," kata Chua Wei Kiat ketika meninjau program Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Taman Pelangi di sini semalam.

[caption id="attachment_592172" align="alignnone" width="819"] Orang ramai beratur untuk membeli barangan asas sempena program Jualan Ehsan Rahmah (JER) parlimen Selayang di Taman Pelangi pada 10 Julai 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI[/caption]

Bank Makanan Rawang ditubuhkan pada Oktober tahun lalu untuk mengumpul sumbangan makanan kering sebelum diagih kepada golongan kurang berkemampuan dalam bentuk kotak makanan.

Menurut Wei Kiat, pihaknya juga membantu penduduk kurang berkemampuan yang menghidap penyakit untuk memohon Skim Bantuan Sihat Selangor (BSS).

"Sehingga kini lebih 100 penduduk Rawang telah memohon skim tersebut dan sebahagian besar permohonan telah diluluskan," tambahnya.

BSS merupakan inisiatif Kerajaan Negeri dalam memberikan rawatan bagi penyakit dialisis, alatan perubatan, katarak mata, pembedahan kecil, kaki palsu dan lain-lain.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619