PBT

Hari Tanpa Kenderaan MBSJ meriah, lebih 800 pengunjung hadir

9 Jul 2023, 12:41 PM
Hari Tanpa Kenderaan MBSJ meriah, lebih 800 pengunjung hadir
Hari Tanpa Kenderaan MBSJ meriah, lebih 800 pengunjung hadir
Hari Tanpa Kenderaan MBSJ meriah, lebih 800 pengunjung hadir

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 9 JULAI: Program Hari Tanpa Kenderaan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di Jalan SS16/1 berhadapan pasar raya Aeon Big Subang Jaya dan Subang Parade di sini hari ini dihadiri lebih 800 pengunjung.

Bahagian Komunikasi Korporat MBSJ berkata antara aktiviti utama adalah acara berbasikal Endurance Challenge V2.0 dan kejohanan Run Bike Subang Jaya (Push Bike) bagi kanak-kanak berusia dua hingga 9 tahun.

[caption id="attachment_591937" align="aligncenter" width="676"] Peserta cilik menyertai kejohanan Run Bike Subang Jaya dalam program Hari Tanpa Kenderaan Majlis Bandaraya Subang Jaya di Jalan SS16/1 pada 9 Julai 2023. Foto Ihsan MBSJ[/caption]

"Pelbagai aktiviti sukan dan riadah disediakan seperti kayuhan, larian dan jalan santai, senamrobik, pertandingan street soccer, pertandingan Basket Ball 1v1, aktiviti memanah dan sukan lasak ‘Abseiling, Rappelling dan Flying Fox’.

"Selain itu, kita juga adakan pertandingan karaoke, pesta sarapan pagi, pemeriksaan kesihatan percuma, program kitar semula serta cabutan bertuah istimewa untuk pengunjung," kata MBSJ menerusi kenyataan.

Edisi pertama selepas dijenamakan semula dari program Selamat Pagi Subang Jaya itu turut menampilkan demonstrasi pertolongan cemas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan demonstrasi silat daripada Pertubuhan Seni Silat Gerak Harimau Laksamana.

[caption id="attachment_591938" align="aligncenter" width="710"] Pertunjukan silat daripada Pertubuhan Seni Silat Gerak Harimau Laksamana dalam program Hari Tanpa Kenderaan Majlis Bandaraya Subang Jaya di Jalan SS16/1 pada 9 Julai 2023. Foto Ihsan MBSJ[/caption]

Turut diadakan pameran keselamatan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya serta pameran cari dan musnah aedes oleh Jabatan Kesihatan MBSJ.

Menurut MBSJ program itu diharap menjadi platform bagi warga Subang Jaya menjalani gaya hidup sihat sekali gus menyokong agenda menuju ke arah bandar raya rendah karbon.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619