AGENDA

Bayi perempuan maut dilanggar kenderaan dipandu sepupu

9 Jul 2023, 7:15 AM
Bayi perempuan maut dilanggar kenderaan dipandu sepupu

KEMAMAN, 9 JULAI: Bayi perempuan berusia setahun lima bulan maut selepas dilanggar kenderaan pacuan empat roda dipercayai dipandu sepupunya di rumah mereka di Kampung Darat Kolam, Kerteh di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata mangsa Syaza Syazwina Zahra Mohd Sazali parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Polis menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 8.30 malam tadi. Siasatan awal mendapati kenderaan tersebut dipandu sepupu mangsa berusia 19 tahun.

"Kenderaan itu diparkir di hadapan rumah tersebut dan pemandu dikatakan sedang mengundur kenderaan untuk ke rumah bapa mentuanya di Rasau, Dungun," katanya dalam kenyataan hari ini.

Hanyan berkata dalam kejadian berkenaan, mangsa yang tinggal di rumah bersebelahan telah keluar tanpa pengetahuan ibunya dan berada di belakang kenderaan itu ketika ia sedang mengundur.

“Mangsa terkena tayar sebelah kiri kenderaan itu dan cedera parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619