AGENDA

Elak birokrasi percepat atasi isu kemudahan asas di Felda

8 Jul 2023, 12:00 AM
Elak birokrasi percepat atasi isu kemudahan asas di Felda

SERDANG, 8 JULAI: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah diberi peranan luas untuk memastikan segala kemudahan di kawasan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sentiasa terpelihara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kelonggaran tersebut bertujuan mempercepat usaha menangani perkara asas seperti lampu jalan dan tandas sekolah tanpa kerenah birokrasi.

"Dari segi peruntukan atau bidang kuasa, saya fikir boleh dilakukan beberapa perubahan yang diperlukan tanpa terikat dengan peraturan dan dasar lama.

"Kita tukar peraturan yang halang kementerian tersebut untuk masuk ke Felda supaya program berjalan lancar,” katanya.

Berucap dalam program sambutan Hari Peneroka di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di sini semalam, Anwar juga mengumumkan pelbagai bentuk bantuan kepada peneroka.

Beliau yang juga menteri kewangan menambah kepentingan masyarakat Felda akan diberi tumpuan khusus dalam Belanjawan 2024 yang dijadual dibentang pada Oktober depan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619