ADN

Jentera HARAPAN DUN Sungai Ramal terus santuni rakyat, siap siaga hadapi PRN

6 Jul 2023, 12:30 PM
Jentera HARAPAN DUN Sungai Ramal terus santuni rakyat, siap siaga hadapi PRN
Jentera HARAPAN DUN Sungai Ramal terus santuni rakyat, siap siaga hadapi PRN

SHAH ALAM, 6 JULAI: Jentera Pakatan Harapan (HARAPAN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Ramal sudah memulakan gerak kerja bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) sejak awal penubuhan Kerajaan Perpaduan.

Penyandang kerusi DUN Sungai Ramal Mazwan Johar berkata selaras dengan konsep perpaduan, pihaknya turut menjalinkan kerjasama dengan jentera Barisan Nasional (BN) bahagian Bangi untuk menyantuni penduduk.

[caption id="attachment_586545" align="aligncenter" width="724"] Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Ramal Mazwan Johar ditemui pada program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) DUN Sungai Ramal di Sungai Tangkas, Kajang pada 12 Jun 2023. Foto AFENDI MOHAMED/SELANGORKINI[/caption]

“Disebabkan sekarang adalah konsep perpaduan jadi kita di sini kerjasama dengan BN sejak dari awal dan perkembangan gerak kerja sangat baik demi mempertahankan kawasan ini.

“Hasilnya, DUN Sungai Ramal dipilih untuk satu program besar iaitu Jelajah Perpaduan Madani dan Karnival Perpaduan Madani yang akan berlangsung esok,” katanya ketika dihubungi.

Pada pilihan raya umum ke-14 Mazwan memenangi kerusi DUN Sungai Ramal meraih 24,591 undi dengan majoriti 10,630 undi mengalahkan calon PAS Nushi Mahfodz dan calon BN Abdul Rahim Mohd Amin.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan berlangsung serentak dengan 12 Ogos ditetapkan sebagai tarikh pengundian.

Selain itu, tarikh penamaan calon di keenam-enam negeri berkenaan pula ditetapkan pada 29 Julai, manakala pengundian awal pada 8 Ogos.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619