AGENSI

Kohijrah kenal pasti tiga lagi lokasi baharu laman niaga usahawan

6 Jul 2023, 11:00 AM
Kohijrah kenal pasti tiga lagi lokasi baharu laman niaga usahawan

OLEH NINA FARZUIN MD SHAROM

SHAH ALAM, 6 JULAI: Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (Kohijrah) mengenal pasti tiga lokasi baharu untuk dijadikan sebagai laman niaga yang menyediakan lot kedai untuk para usahawan mempamerkan produk masing-masing.

Pengurus Besarnya Mohammad Syukri Ismail berkata lokasi berkenaan di Kuala Langat, Sabak Bernam dan Ampang.

“Lokasi ini dipilih berdasarkan hasil perbincangan kami bersama EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail dan beberapa pihak pejabat daerah.

“Lokasi sebenar yang telah kita tetapkan di Kuala Langat adalah di Morib manakala di Sabak Bernam dan Ampang masih dalam perbincangan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Jamuan Aidiladha Kohijrah Selangor 2023 di Laman Niaga Usahawan Kohijrah Seksyen 15 di sini, hari ini.

Mengulas mengenai Laman Niaga Usahawan Kohijrah pertamanya di Seksyen 15, beliau berkata biarpun baru empat bulan dibuka namun perkembangannya amat baik.

“Pada awalnya memang agak sukar memandangkan ini adalah kawasan industri namun dengan bantuan agensi kerajaan dan para usahawa sendiri, kita telah berjaya mempromosikan tempat ini.

“Kita laksanakan inisiatif ini untuk memartabatkan usahawan Selangor yang ada supaya orang ramai boleh datang menyokong dan beli produk mereka,” katanya.

Laman Niaga Usahawan Kohijrah pertama di Seksyen 15 yang dibuka sejak Mac lalu menempatkan 32 usahawan yang melibatkan 22 jenis produk antaranya biskut, kedai gunting rambut, aiskrim, aksesori fesyen dan produk kraftangan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619