AGENDA

Bayi bertali pusat ditemukan atas lantai kedai jual ayam

6 Jul 2023, 7:22 AM
Bayi bertali pusat ditemukan atas lantai kedai jual ayam

CHUKAI, 6 JULAI: Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemukan di sebuah kedai menjual ayam di Jabor Kubor, Jalan Air Putih di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata bayi yang masih hidup dan bertali pusat itu ditemukan di atas lantai kedai oleh pemiliknya pada kira-kira pukul 7.50 pagi tadi, ketika mahu memulakan perniagaan.

Beliau berkata bayi itu kemudiannya dibawa ke Hospital Kemaman oleh anggota polis untuk rawatan dan siasatan lanjut.

"Bayi tersebut dilahirkan dalam keadaan sempurna dan dianggarkan berusia antara tiga hingga empat hari berdasarkan keadaan tali pusat," katanya pada sidang media di Balai Polis Air Putih di sini, hari ini.

Hanyan berkata pihaknya telah menghubungi klinik dan membuat pemeriksaan di klinik swasta untuk mengesan individu yang terlibat.

"Kita telah mengarahkan semua klinik swasta supaya memaklumkan kepada polis atau pihak berkuasa sekiranya ada maklumat berkaitan pesakit wanita yang baru bersalin.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran," katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619