EXCO

Platform digital kumpul usahawan sektor halal, bantu tembusi pasaran global

6 Jul 2023, 4:47 AM
Platform digital kumpul usahawan sektor halal, bantu tembusi pasaran global
Platform digital kumpul usahawan sektor halal, bantu tembusi pasaran global
Platform digital kumpul usahawan sektor halal, bantu tembusi pasaran global

SHAH ALAM, 6 JULAI: Selangor memperkenal program Operator HIS Diperakui (AHO) bagi menghimpun pemain industri halal bawah satu platform digital setempat mulai 13 Jun.

EXCO industri halal berkata inisiatif bawah HIS Toyyiba Sdn Bhd (HIS) mewujudkan jaringan pemain halal yang kompeten dan berintegriti selaras Rancangan Selangor Pertama (RS-1).

Mohd Zawawi Ahmad Mughni turut berharap program itu dapat meningkatkan mutu persaingan dan kualiti usahawan, selain melahirkan lebih ramai pemain industri dalam sektor berkenaan.

“Beberapa program promosi halal dalam dan luar negara akan diadakan dalam usaha Kerajaan Negeri membantu pemain industri halal di Selangor untuk menembusi pasaran.

[caption id="attachment_591287" align="aligncenter" width="770"] EXCO Industri Halal Mohd Zawawi Ahmad Mughni (tengah) melakukan gimik pelancaran Operator HIS Diperakui (AHO) di Glenmarie Golf & Country Resort, Shah Alam pada 13 Jun 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI[/caption]

"Semua ini akan memberi manfaat kepada ahli-ahli yang berdaftar dengan AHO,” katanya ketika melancarkan program berkenaan di sini, bulan lalu.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, HIS memaklumkan ahli AHO akan dibimbing agensi kerajaan berkaitan dan diberi keistimewaan untuk terlibat dalam padanan niaga serta e-pengiklanan produk.

Menurut agensi bawah Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) itu, ahli juga boleh membuka reruai dalam pameran halal tempatan dan antarabangsa serta dimaklumkan perkembangan terkini halal global.

"Sebagai permulaan, HIS menawarkan keahlian percuma kepada 100 syarikat terawal yang berdaftar secara dalam talian di aho.halalinternationalselangor.com sebelum 30 September ini," kata HIS.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghantar e-mel kepada infohalalinternationalselangor.com atau hubungi talian 03-587 04888.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619