AGENDA

Tiada satu pun notis roboh sekolah agama di Selangor

6 Jul 2023, 4:00 AM
Tiada satu pun notis roboh sekolah agama di Selangor
Tiada satu pun notis roboh sekolah agama di Selangor

PETALING JAYA, 6 JULAI: Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menegaskan tiada notis perobohan dikeluarkan terhadap mana-mana sekolah agama persendirian di Selangor seperti dakwaan segelintir pihak.

"Tiada satu pun sekolah terima notis perobohan. Saya sudah minta EXCO Hal Ehwal Agama Islam (Mohd Zawawi Ahmad Mughni) jumpa persatuan, tanya ada (terima notis) tak? Memang tiada," katanya.

Beliau yang juga pengerusi Pakatan Harapan negeri juga menjelaskan ada sesetengah sekolah agama belum memenuhi syarat operasi dan dikhuatiri menjejaskan keselamatan pelajar.

"Yang ada memang kesalahan dan tidak ikut spesifikasi bomba, takkan kita hendak gadai nyawa anak-anak kita," katanya ketika berucap dalam program Jelajah Madani di Taman Medan sini malam tadi.

[caption id="attachment_591184" align="alignnone" width="944"] Orang ramai membanjiri padang Desa Mentari 3, Jalan PJS 2D/1, Petaling Jaya sempena Jelajah Madani peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan pada 5 Julai 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Amirudin tidak menolak kemungkinan mengheret ahli parlimen tertentu yang melempar tuduhan berkaitan notis perobohan itu ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana menipu dalam parlimen.

Menyangkal tuduhan kira-kira 80,000 pelajar sekolah agama persendirian terjejas kononnya ada notis perobohan, beliau percaya pemimpin itu akan mencari isu lain untuk dijadikan isu politik.

"Sebab itu, saya percaya selepas ini dia (ahli parlimen berkenaan) akan bangkitkan lagi dan korek lagi cari isu," katanya.

Pada 27 Jun lalu, Mohd Zawawi berkata garis panduan khas sekolah agama persendirian akan dirangka bagi memudahkan institusi itu beroperasi tanpa mengabai aspek keselamatan murid.

Sebelum ini, panduan untuk sekolah tahfiz dibuat pada 2018 berasaskan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj susulan tragedi kebakaran yang meragut 23 nyawa pada 2017.

Pada masa ini, ada 171 sekolah agama persendirian beroperasi di Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619