AGENDA

Inflasi turun bawah Kerajaan Perpaduan, zaman PN harga barang naik mendadak

6 Jul 2023, 3:54 AM
Inflasi turun bawah Kerajaan Perpaduan, zaman PN harga barang naik mendadak

PETALING JAYA, 6 JULAI: Kadar inflasi Malaysia menurun dalam tempoh tujuh bulan berturut-turut sejak pentadbiran negara diambil alih Kerajaan Perpaduan, hujung tahun lalu.

Berbanding semasa pemerintahan Perikatan Nasional (PN), Menteri Ekonomi Rafizi Ramli mendedahkan inflasi meningkat sekali ganda setiap bulan dari April hingga Julai tahun lepas.

"Pada April tahun lepas, inflasi -2 kemudian 0 peratus (Mei) dan naik lagi ke dua peratus (Jun) serta memuncak 4.7 peratus pada Julai. Maksudnya peningkatan sekali ganda dari bulan ke bulan.

"Bila kita ambil alih dari Disember, (inflasi) lebih kurang empat peratus. Untuk tujuh bulan berturut-turut sehingga sekarang, ia turun ke paras paling rendah iaitu 2.8 peratus," katanya.

Berucap pada Jelajah Madani di sini malam tadi, timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menafikan harga barang naik mendadak selepas Kerajaan Perpaduan mentadbir negara.

Sebaliknya, Rafizi menjelaskan kerajaan ketika ini berusaha menstabilkan semula harga barang susulan kegagalan kerajaan PN menangani isu itu sepanjang 33 bulan memerintah.

"Bilakah sebenarnya harga barang paling tinggi naik mencanak? Zaman mereka (PN) bukan zaman kita. Sebab itu bila tugas kerajaan untuk menggubal dasar ekonomi supaya ia tidak naik mencanak.

"Kita tahu kalau harga barang naik terutama makanan, ia akan susah nak turun balik," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619