AGENDA

Jatuh sungai, kanak-kanak tujuh tahun dikhuatiri lemas

5 Jul 2023, 11:45 PM
Jatuh sungai, kanak-kanak tujuh tahun dikhuatiri lemas

KUALA LUMPUR, 6 JULAI: Seorang kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Batang Kali berhampiran Desa Alam Ria, Hulu Selangor di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata mangsa dikenal pasti sebagai Ahmad Ammar Akhtar Tajul Azwa dan kejadian berlaku sekitar 7.15 malam tadi (Rabu).

"Operasi dilakukan oleh anggota penyelamat menggunakan teknik 'water surface seaching' di laluan sungai, kira-kira satu kilometer dari kawasan kejadian mangsa dikhuatiri terjatuh," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) ditangguhkan pada 11.30 malam dan akan disambung semula pagi esok (6 Julai).

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619