AGENDA

PRN: Rakyat Selangor diseru pilih kerajaan stabil, terbukti berjaya

5 Jul 2023, 8:37 AM
PRN: Rakyat Selangor diseru pilih kerajaan stabil, terbukti berjaya
PRN: Rakyat Selangor diseru pilih kerajaan stabil, terbukti berjaya

SHAH ALAM, 5 JULAI: Dato’ Menteri Besar mengajak rakyat negeri ini menunaikan tanggungjawab untuk mengundi serta memilih kerajaan yang terbukti stabil, makmur dan berjaya.

"SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) hari ini telah mengumumkan tarikh-tarikh penting sempena Pilihanraya Negeri Selangor dan lima negeri-negeri yang lain.

"Ayuh semua rakyat Negeri Selangor keluar mengundi bagi memilih kerajaan yang terbukti stabil, makmur dan berjaya," kata Dato' Seri Amirudin Shari di Facebook hari ini.

SPR menetapkan 12 Ogos sebagai hari mengundi bagi pilihan raya negeri (PRN) di Selangor, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, dan Negeri Sembilan.

Hari penamaan calon bagi keenam-enam negeri pula ditetapkan pada 29 Julai, sementara pengundian awal pada 8 Ogos dengan tempoh berkempen selama dua minggu.

Perkara tersebut diumumkan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam sidang media yang disiar secara langsung dari ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya hari ini.

Kelantan terlebih dahulu membubarkan DUN pada 22 Jun, diikuti Selangor 23 Jun manakala Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu masing-masing pada 28 Jun dan Negeri Sembilan pada 1 Julai.

Sebanyak 36 kerusi bakal dipertanding di Kedah, Kelantan (45 kerusi), Terengganu (32 kerusi), Pulau Pinang (40 kerusi), Selangor (56 kerusi) dan Negeri Sembilan (36 kerusi).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619