PBT

Hanya RM10 jika bayar saman parkir MBSA dalam tempoh 24 jam

4 Jul 2023, 5:52 AM
Hanya RM10 jika bayar saman parkir MBSA dalam tempoh 24 jam

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 4 JULAI: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan kompaun tempat letak kereta RM10 kepada orang ramai yang membuat pembayaran dalam masa 24 jam dari tempoh saman dikeluarkan.

Bagaimanapun, Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya Mohd Azhar Mohd Sharif memaklumkan tawaran tersebut tidak terpakai untuk kompaun tempat letak kenderaan dua jam.

"Pengurangan kompaun ini merupakan inisiatif MBSA untuk menggalakkan orang ramai membayar tunggakan kompaun sebelum tindakan tegas dikenakan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya orang ramai boleh membuat pembayaran kompaun di kaunter utama Wisma MBSA, pejabat cawangan dan melalui saluran JomPay.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Jabatan Kewangan MBSA di talian 03-55105133 sambungan 1658, 1540, 1521 dan 1757 atau layari portal MBSA di eps.mbsa.gov.my.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619