PBT

13 lampu solar sekitar DUN Permatang siap dipasang sepenuhnya

4 Jul 2023, 5:17 AM
13 lampu solar sekitar DUN Permatang siap dipasang sepenuhnya

OLEH FHATIHAH ZAKINAN

SHAH ALAM, 4 JULAI: Sebanyak 13 lampu diod pemancar cahaya (LED) berkuasa solar sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang siap dipasang sepenuhnya semalam.

Kawasan yang terlibat antaranya Bestari Jaya; Jalan Ilmu 1/16A, Taman Ilmu di Batang Berjuntai; Jalan Haji Muhammad, Ujong Permatang di Kuala Selangor; Jalan Terusan Gemilang dan Jalan Setanjung di Kampung Bendang Gemilang, Tanjong Karang; dan Jalan Kunci Air 2, di Kuala Selangor.

Penyandang kerusi DUN Permatang berkata kesemua lampu itu menggunakan peruntukan yang diperoleh daripada Kerajaan Negeri sebelum DUN penggal ke-14 dibubarkan pada 23 Jun lalu.

"Alhamdulillah, 13 batang lampu solar LED telah siap dipasang didalam kawasan DUN Permatang. Ini adalah peruntukan dari Kerajaan Selangor.

"Peruntukan ini telah diperolehi oleh DUN Permatang sebelum DUN (Selangor) dibubarkan lagi dan hari ini dengan rasminya telah siap sepenuhnya," kata Rozana Zainal Abidin di Facebooknya.

Pada 1 Februari, EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam Ir Izham Hashim mengumumkan peruntukan berjumlah RM5 juta bagi pemasangan lampu solar di seluruh Selangor yang bertujuan meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya.

Menerusi Belanjawan 2023 Dato’ Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari mengumumkan sejumlah RM28 juta diperuntukkan di bawah inisiatif projek Selangor Penyayang sebagai usaha mempergiat dan merancakkan ekonomi setempat dengan penyediaan projek kecil demi manfaat rakyat setempat.

Keutamaan bagi pelaksanaan projek itu akan diberikan kepada projek penyelenggaraan dan menaik taraf infrastruktur serta pembangunan kemudahan awam kerajaan termasuk yang tidak mempunyai peruntukan penyelenggaraan tahunan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619