ad
AGENSI

Warga emas, OKU boleh tuntut baucar beli-belah RM150 mulai hari ini

3 Jul 2023, 4:40 AM
Warga emas, OKU boleh tuntut baucar beli-belah RM150 mulai hari ini

OLEH DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 3 JULAI: Ahli Skim Mesra Usia Emas (SMUE) boleh menuntut baucar Jom Shopping bernilai RM150 di ruang legar Kompleks Generasi Muda dan Sukan Negeri di sini mulai hari ini.

Menerusi infografik di Facebook Yayasan Anak Warisan Selangor, tuntutan turut dibuka kepada ahli Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) pada setiap Isnin hingga Khamis dari 10 pagi hingga 4 petang.

“Jangan lupa bawa kad pengenalan asli untuk menebus baucar. Jumpa anda di sana,” kata agensi tersebut.

Dalam Belanjawan 2023, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kebajikan golongan kurang upaya (OKU) diperkemas dengan mendaftarkan mereka menerusi SMIS.

Penstrukturan semula SMUE turut meningkatkan nilai baucar beli-belah daripada RM100 kepada RM150, dengan penambahan peruntukan RM10 juta untuk tahun ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.