ADN

PRN: Najwan sedia pertahan kerusi DUN Kota Anggerik

3 Jul 2023, 3:38 AM
PRN: Najwan sedia pertahan kerusi DUN Kota Anggerik

SHAH ALAM, 3 JULAI: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik sedia mempertahan kawasan berkenaan pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang sekiranya dicalonkan.

Najwan Halimi berkata beliau difahamkan Parti Kedailan Rakyat (KEADILAN) cabang Shah Alam telah mengemukakan namanya sebagai calon untuk kerusi berkenaan.

"Saya sentiasa bersedia sekiranya masih diberi mandat untuk pertahankan kerusi ini dan saya yakin Pakatan Harapan (HARAPAN) akan mengekalkan kerusi di Kota Anggerik," katanya.

Beliau berkata demikian pada program Jom Rewang dan Makan Kenduri sempena Aidiladha di Surau Raudhah Al-Muttaqin, Seksyen 4 di sini semalam.

Mengulas kejayaan beliau sepanjang menjadi wakil rakyat Kota Anggerik sejak 2018, Najwan berkata banyak yang diusahakannya dan kini membuahkan hasil.

"Mungkin nak sebutkan satu-satu itu terlalu banyak tetapi apa yang dapat saya simpulkan antara yang berjaya kita selesaikan adalah isu perumahan, keselamatan dan infrastruktur di Shah Alam.

"Malah, saya juga berjaya menggalakkan penduduk menubuhkan persatuan kerana kebanyakan perumahan di sini mereka tiada persatuan jadi sukar untuk melaksanakan aktiviti atau untuk wakil rakyat menyalurkan sumbangan.

"Justeru, dengan penubuhan persatuan ia memudahkan kita sebagai wakil rakyat untuk berurusan secara terus dengan penduduk kerana mereka sebahagian daripada gerak kerja ADN, sebagai ADN kita tidak boleh bergerak sendiri," ujarnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619