ADN

Sempena Aidiladha, DUN Bukit Melawati sumbang 10 kambing, lima lembu

1 Jul 2023, 12:30 PM
Sempena Aidiladha, DUN Bukit Melawati sumbang 10 kambing, lima lembu
Sempena Aidiladha, DUN Bukit Melawati sumbang 10 kambing, lima lembu

SHAH ALAM, 1 JULAI : Sebanyak 10 ekor kambing dan lima lembu disumbangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati kepada masjid, surau dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di kawasan berkenaan.

Penyandangnya Juwairiya Zulkifli berharap sumbangan itu menampung keperluan daging korban untuk agihkan kepada penduduk yang memerlukan.

"Semoga perkongsian rezeki dan bahagian (daging korban) dapat dikongsikan sama rata kepada semua penduduk setempat.

"Saya berharap sambutan perayaan Aidiladha ini dapat mengukuhkan lagi ukhwah kita sesama umat islam," katanya menerusi Facebook.

[caption id="attachment_590345" align="aligncenter" width="788"] Penyandang Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli menziarahi beberapa lokasi pelaksanaan ibadah korban di sekitar Dewan Undangan Negeri Bukit Melawati pada 1 Julai 2023. Foto Facebook Juwairiya Zulkifli[/caption]

Juwairiya turut menyeru kepada semua umat Islam supaya mengambil iktibar dan memperingati pengorbanan dan ketaatan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah.

Terdahulu, Juwairiya turut menziarahi beberapa lokasi pelaksanaan ibadah korban antaranya termasuklah di Surau Ar-Rahman Batu 8 Kampung Asahan, Masjid Raja Lumu Pekan Lama Kuala Selangor dan Ibu Pejabat Polis Kuala Selangor.

Beliau turut melawat ke Surau Raid Assolihin Taman Melawati Jaya, Surau Haji Yusuf Kampung Nelayan Sungai Buloh, Surau Abdul Wahid Kampung Bukit Kuching dan Kediaman Wan Salleh (Ainur Santan) Teluk Piah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619