AGENDA

PM: Pemimpin Pas perlu perbetul kenyataan penceramah sentuh sensitiviti Islam

30 Jun 2023, 11:54 AM
PM: Pemimpin Pas perlu perbetul kenyataan penceramah sentuh sensitiviti Islam

PERMATANG PAUH, 30 JUN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pemimpin mahupun Dewan Ulama PAS, untuk membetulkan beberapa kenyataan dikeluarkan penceramah bebas yang menyentuh sensitiviti umat Islam sebelum ini.

Beliau berkata ini termasuk kenyataan bekas Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli baru-baru ini, yang menyatakan bahawa sesiapa sahaja tidak menyokong PAS adalah musuh Allah.

“Apakah benar orang tidak bersama dengan PAS adalah musuh Allah. Kalau betul, pasal apa arwah Tok Guru (Tan Sri) Nik Aziz sokong saya dan saya bukan ahli PAS pun. Ini mereka (pemimpin atau Dewan Ulama PAS) kena jawab,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada program Minum Petang bersama penduduk Kampung Sama Gagah, dekat sini hari ini.

Sebelum ini, Syeikh Muhd Zainul mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan berkait isu 'musuh Allah' ketika program Himpunan Kedah Berselawat pada 24 Jun lepas, namun beliau telah memohon maaf serta mengakui kesilapan mengungkap kalimah berkenaan.

Anwar turut mendesak kepimpinan PAS membetulkan dakwaan lama yang dikeluarkan penceramah bebas itu, antaranya Nabi Adam A.S turun di Gunung Jerai, Kedah.

“Dua, dakwaan Saiyiddina Uthman bin Affan sampai di Kedah…kita kata dakwah tapi mengizinkan kepalsuan. Betul ke tidak, kalau tidak betul mengapa tidak ditegur,” kata Perdana Menteri.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619