AGENDA

MB rai 300 petugas ibadah korban, nikmati jamuan bersama

30 Jun 2023, 9:12 AM
MB rai 300 petugas ibadah korban, nikmati jamuan bersama
MB rai 300 petugas ibadah korban, nikmati jamuan bersama

SHAH ALAM, 30 JUN: Dato' Menteri Besar meraikan kira-kira 300 petugas terlibat dalam Ibadah Korban Perdana di kediaman rasminya di Seksyen 7 di sini hari ini.

Petugas terdiri daripada kakitangan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Team Selangor dan Angkatan Muda KEADILAN dirai pada jamuan sempena Aidiladha.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata pihak terbabit bertungkus-lumus menyembelih dan melapah tujuh ekor lembu serta tiga ekor kambing termasuk menyiapkan juadah bagi menjayakan acara itu.

"Alhamdulillah ramai hadir pada jamuan hari ini yang dibuat sempena Hari Raya Haji termasuk ahli keluarga dan tetamu jemputan.

[caption id="attachment_590215" align="alignleft" width="488"] Kakitangan anak-anak syarikat kerajaan Negeri yang hadir pada majlis jamuan sempena Hari Raya Aidiladha di Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar, Shah Alam pada 30 Jun 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

"Acara ini adalah sebahagian daripada ibadah korban yang dilaksanakan pagi tadi dan pihak berkenaan banyak bantu dari awal pagi," katanya ditemui.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif PKPS Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi, Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor Mohd Yahya Mat Sahri dan pemilik Sri Ternak Group Sdn Bhd Datuk Raymond Ho Chenn Hang.

Antara juadah disajikan kari daging, daging masak hitam, sup daging, kuih-muih dan cendol.

Pagi tadi, Amirudin berkesempatan membantu petugas terbabit menyembelih lembu selain menyertai ibadah korban Perpaduan Pemuda Ampang di Dewan Taman Mulia Jaya, Lembah Jaya, Ampang.

Semalam, beliau turut terlibat dalam program Ziarah Korban Aidiladha di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua merangkumi 12 lokasi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619