AGENDA

Tradisi korban di kediaman MB diteruskan, hidupkan sambutan Aidiladha

30 Jun 2023, 3:58 AM
Tradisi korban di kediaman MB diteruskan, hidupkan sambutan Aidiladha
Tradisi korban di kediaman MB diteruskan, hidupkan sambutan Aidiladha
Tradisi korban di kediaman MB diteruskan, hidupkan sambutan Aidiladha

OLEH SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 30 JUN: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari meneruskan kelaziman tradisi ibadah korban sejak 2018 di kediaman rasminya di Seksyen 7, di sini hari ini.

Program Ibadah Korban Perdana tahun ini melibatkan tujuh ekor lembu dan enam kambing dengan urusan penyembelihan serta melapah daging dilaksanakan secara bergotong-royong.

“Alhamdulillah, hari ini sebagaimana lazimnya saya menganjurkan korban di kediaman rasmi sebagai menghidupkan sambutan Aidiladha tahun ini.

[caption id="attachment_590145" align="aligncenter" width="733"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari melakukan ibadah korban ketika program Ibadah Korban Perdana di Kediaman Dato' Menteri Besar, Shah Alam pada 30 Jun 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

“Ini bukan kali pertama saya laksanakan. Sejak 2018, dapat laksanakan sekali lagi dengan semangat yang ramai kira-kira 200 petugas dan keluarga,” katanya, yang turut menyembelih haiwan berkenaan.

Beliau berkata penglibatan ramai anak muda dalam aktiviti korban petanda positif bagi memastikan mereka tidak terputus tradisi dan kefahaman terhadap ibadah korban dalam Islam.

“Semua perkara wajar diteruskan dan libatkan lebih ramai anak muda. Kita percaya warisan atau budaya ini dapat diteruskan di samping idea tentang Islam difahami dengan lebih baik,” katanya.

Program ibadah korban perdana itu mendapat kerjasama Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), pejabat Dato’ Menteri Besar dan Team Selangor.

Semalam, Amirudin turut terlibat dalam program Ziarah Korban Aidiladha di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua merangkumi 12 lokasi.

[caption id="attachment_590146" align="aligncenter" width="724"] Isteri kepada Dato' Menteri Besar Datin Seri Masdiana Muhammad membantu memasak secara gotong-royong ketika program Ibadah Korban Perdana di Kediaman Dato' Menteri Besar, Shah Alam pada 30 Jun 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619