ad
AGENDA

MB tunai solat Aidiladha bersama penduduk, ziarah korban sekitar Gombak

29 Jun 2023, 3:12 AM
MB tunai solat Aidiladha bersama penduduk, ziarah korban sekitar Gombak

BATU CAVES, 29 JUN: Dato’ Menteri Besar hari ini meluangkan masa menunaikan solat sunat Aidiladha bersama kira-kira 800 jemaah di Masjid Jamek Kampung Nakhoda, Batu Caves di sini.

Dato’ Seri Amirudin Shari tiba bersama isteri Datin Seri Masdiana Muhamad dan enam anaknya pada jam 7.45 pagi.

Sejurus selesai menunaikan solat dan mendengar khutbah, beliau menyantuni jemaah dan sarapan bersama pihak pengurusan masjid.

Beliau dijadual hadir aktiviti penyembelihan lembu sempena ziarah korban di beberapa lokasi dalam Parlimen Gombak.

Antaranya di Masjid Selayang Baru, Lakeview Apartment Taman Jasa Perwira, Masjid An Nur Wira Damai dan Surau Ibti’daiah.

Kemudian di DUN Gombak Setia di Surau Darul Hidayah, Pinggiran Batu Caves iaitu juga bagi aktiviti penyembelihan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.