ad
AGENSI

Hijrah pelawa usahawan sertai kelas TikTok percuma, bantu tingkat jualan

28 Jun 2023, 3:23 AM
Hijrah pelawa usahawan sertai kelas TikTok percuma, bantu tingkat jualan

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 28 JUN: Usahawan yang mahu meningkatkan perniagaan melalui pemasaran digital dipelawa menyertai kelas strategi super TikTok 2023 anjuran Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) pada 5 dan 6 Julai ini.

Agensi itu memaklumkan kelas percuma khas untuk usahawan di bawah naungan agensi itu menyediakan sesi praktikal dan kaedah mudah difahami supaya peserta boleh mengaplikasikan pengetahuan dengan segera.

“Jom tingkatkan perniagaan anda di kelas strategi super TikTok 2023 anjuran Hijrah Selangor bersama tenaga pengajar berpengalaman dalam membantu meningkatkan jualan melalui platform TikTok Shop.

“Usahawan akan diajar mengenai pengurusan kandungan perniagaan di platform media sosial berdasarkan trend terkini di dalam video pemasaran,” katanya menerusi Facebook.

Kelas itu akan diadakan di Hotel Summit USJ dan pendaftaran boleh dibuat menerusi pautan https://www.hijrahpro.my/app/s/9-supertiktok23nk1.

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi Cik Nur Firdaus di talian 011-6509 2127 atau Cik Farhana di talian 016-336 3862.

Setakat Januari hingga September tahun lalu, 5,795 usahawan menerima manfaat dari tujuh skim pembiayaan perniagaan bernilai RM92.37 juta yang ditawarkan Hijrah.

Hijrah menyediakan dana untuk membangunkan usahawan menerusi pelbagai skim pembiayaan seperti Zero to Hero, Niaga Darul Ehsan (NaDI), Go Digital, i-Lestari, i-Agro, i-Bermusim dan i-Bisnes.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.