PBT

Operasi tanpa lesen, pusat snuker diarah tutup serta-merta

27 Jun 2023, 10:10 AM
Operasi tanpa lesen, pusat snuker diarah tutup serta-merta

Oleh AMIRUL FAZLI

SHAH ALAM, 27 JUN: Sebuah premis pusat snuker di Kuala Selangor diarahkan tutup serta-merta selepas didapati menjalankan perniagaan tanpa lesen dalam operasi pada 23 Jun lalu.

Pengarah Jabatan Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) Mohd Lutfi Mislah Hudin berkata peralatan snuker premis berkenaan turut disita.

"Tiga premis snuker sekitar daerah Kuala Selangor telah diperiksa oleh MPKS dalam operasi bersepadu pusat snuker.

"MPKS mendapati sebuah permis di Jalan Medan Niaga 2 ingkar arahan memberhentikan perniagaan dan tetap meneruskan perniagaan tanpa lesen.

"Akibat daripada itu peralatan disita dibawah Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (Selangor) 1995,"ujarnya ketika dihubungi.

Selain itu, MPKS dengan kerjasama polis Kuala Selangor dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) turut menjalankan ujian air kencing ke atas14 individu berumur 20 hingga 45 tahun dan keputusan kesemuanya adalah negatif.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619