AGENSI

Operasi kutipan sampah sempena Aidiladha berjalan seperti biasa

26 Jun 2023, 8:34 AM
Operasi kutipan sampah sempena Aidiladha berjalan seperti biasa
Operasi kutipan sampah sempena Aidiladha berjalan seperti biasa

SHAH ALAM, 26 JUN: Operasi kutipan sampah oleh KDEB Waste Management (KDEBWM) sempena Aidiladha berjalan seperti biasa, kata pengarah urusannya.

Dato’ Ramli Mohd Tahir berkata pergerakan lori untuk membuat kutipan sampah bermula selepas solat hari raya Aidiladha.

“Kita sudah membuat jadual kutipan untuk Aidiladha iaitu mereka bekerja seperti biasa. Kita benarkan pekerja solat raya terlebih dahulu kemudian lori akan masuk untuk buat kutipan selepas itu.

“Selain itu, kutipan sampah pukal juga dibuat seperti biasa mengikut jadual ditetapkan,” katanya dihubungi SelangorKini.

[caption id="attachment_588080" align="alignleft" width="309"] Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM), Dato’ Ramli Mohd Tahir pada majlis perasmian Pusat Kitar Semula Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Hicom, Seksyen 26, Shah Alam pada 19 Jun 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Dalam pada itu, Ramli turut mengingatkan penduduk supaya tidak mengeluarkan sisa sampah pukal terlalu banyak bagi membolehkan semua menerima manfaat.

“Ada sesetengah penduduk mengambil kesempatan meletakkan sampah pukal terlalu banyak di depan rumah sehingga lori penuh sekali gus sisa di kediaman jiran tidak dapat dikutip.

“Perkhidmatan ini percuma dan kita berharap semua penduduk beri kerjasama supaya lebih banyak sampah pukal dapat dikutip,” katanya.

KDEBWM adalah syarikat pengendali sisa pepejal negeri yang mengambil alih sepenuhnya pengurusan kutipan sampah domestik di semua pihak berkuasa tempatan di Selangor pada Januari 2020.

Anak syarikat Kerajaan Negeri itu juga giat membersihkan kawasan terjejas banjir di beberapa daerah sejak 20 Disember lalu secara berperingkat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619