ADN

Jualan murah negeri, lebih 25,000 keluarga DUN Tanjung Sepat terima manfaat

24 Jun 2023, 6:29 AM
Jualan murah negeri, lebih 25,000 keluarga DUN Tanjung Sepat terima manfaat
Jualan murah negeri, lebih 25,000 keluarga DUN Tanjung Sepat terima manfaat
Jualan murah negeri, lebih 25,000 keluarga DUN Tanjung Sepat terima manfaat

KUALA LANGAT, 24 JUN: Kira-kira 25,000 keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Sepat mendapat manfaat daripada lebih 30 program jualan murah yang dianjurkan di kawasan Januari lalu hingga bulan ini.

Pegawai Kebajikan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Tanjung Sepat berkata sebanyak tiga lagi program jualan murah akan diadakan pada bulan depan di kawasan berkenaan.

[caption id="attachment_589090" align="alignleft" width="454"] Pegawai Kebajikan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Tanjung Sepat, Mohd Reza Dollah Sajat bercakap kepada Media Selangor ketika program Jualan Mega Ehsan Rahmah Aidiladha Parlimen Sepang di Pantai Batu Laut, Kuala Langat pada 24 Jun 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

“Kita usaha minta sekurang-kurangnya tiga kali seminggu bagi memberi peluang kepada penduduk untuk dapat membeli barangan pada harga yang murah,” kata Mohd Reza Dollah Sajat.

Beliau ditemui di program Jualan Mega Ehsan Rahmah Aidiladha Parlimen Sepang di Pantai Batu Laut di sini, hari ini.

Mohd Reza berkata pengunjung jualan mega ehsan itu beratur seawal jam 8 pagi bagi mendapatkan nombor giliran untuk pembelian.

“Mereka ini kebanyakannya memang mengikuti program jualan murah sebelum ini jadi mereka memang bersedia lebih awal walaupun kaunter hanya dibuka pada 10 pagi,” katanya.

Jualan murah kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal beku (RM10/pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Sempena perayaan, Jualan Mega Rahmah Aidiladha diadakan yang menawarkan lebih banyak barangan asas termasuk 12,000 ekor ayam dan 6,000 papan telur dijadualkan berlangsung di enam lokasi pada Sabtu dan Ahad.

Jualan murah sempena musim perayaan itu menawarkan harga 30 peratus lebih rendah daripada pasaran bagi membantu penduduk berpendapatan rendah berjimat.

[caption id="attachment_589080" align="aligncenter" width="721"] Petugas membuat persiapan ketika program Jualan Mega Ehsan Rahmah Aidiladha Parlimen Sepang di Pantai Batu Laut, Kuala Langat pada 24 Jun 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619