AGENSI

Mangsa kebakaran terharu terima bantuan MBI menjelang raya

23 Jun 2023, 1:19 PM
Mangsa kebakaran terharu terima bantuan MBI menjelang raya
Mangsa kebakaran terharu terima bantuan MBI menjelang raya

SHAH ALAM, 23 JUN: Keluarga mangsa kebakaran di Kampung Jalan Kebun Tambahan di sini berterima kasih atas keprihatinan dan bantuan kewangan diberi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

Mangsa, Kamarulzaman Ismail, 51, berkata wang tunai RM3,000 memenuhi keperluan menjelang Aidiladha setelah menanggung kerugian besar akibat bencana itu.

“Sumbangan MBI memenuhi keperluan mendesak menjelang Hari Raya tidak lama lagi. Banyak kerugian dengan anggaran kasar RM35,000 hingga RM40,000.

“Terima kasih kepada MBI tampil menghulurkan bantuan ketika waktu memerlukan ini,” katanya.

[caption id="attachment_588931" align="alignnone" width="803"] Suami mangsa kebakaran, Esha Amani ketika menerima sumbangan daripada Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Shah Alam, Kampung Jalan Kebun Tengah pada 23 Jun 2023. Foto FITRI HAZIM HAZAM/SELANGORKINI[/caption]

Seorang lagi mangsa, Esha Amani, 34, turut meluahkan rasa terharu dengan kunjungan dan keprihatinan MBI.

Menceritakan kebakaran pada kira-kira pukul 5.30 petang Khamis, Esha berkata beliau berada di luar kawasan dan diberitahu tentang insiden itu setelah menerima panggilan telefon daripada anaknya.

“Anak hubungi saya kebakaran di rumah belakang sehingga marak ke rumah kami. Apabila sampai, rumah sudah musnah dijilat api.

“Bantuan dan kunjungan MBI akan memudahkan urusan dan keperluan untuk mengemas rumah, dengan kerugian berjumlah RM5,000. Rasa terharu dan dihargai, tidak biarkan kami terkontang-kanting,” katanya.

Manakala Yusof Daud, 43, menyifatkan bantuan MBI sebagai rezeki ketika ditimpa musibah.

“Kebakaran ini memberi kesan kepada saya kerana telah hilang tempat berteduh. Bantuan ini memberi kelegaan buat saya sekeluarga,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619