AGENSI

MBI santuni enam keluarga mangsa kebakaran di Shah Alam

23 Jun 2023, 10:20 AM
MBI santuni enam keluarga mangsa kebakaran di Shah Alam
MBI santuni enam keluarga mangsa kebakaran di Shah Alam

SHAH ALAM, 23 JUN: Enam keluarga mangsa kebakaran di Kampung Jalan Kebun Tambahan, Shah Alam bakal menerima bantuan RM3,000 dari Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporatnya Ahmad Azri Zainal Nor berkata pihaknya menghulurkan bantuan awal RM300 bagi setiap keluarga selain kit kebersihan dan makanan disteril.

“Setelah menerima berita kebakaran berlaku petang semalam, atas arahan Dato’ Menteri Besar saya hadir untuk serahan bantuan awal RM300 tunai diserahkan terlebih dahulu.

“Manakala baki sumbangan akan diberikan selepas selesai proses dokumentasi selewat-lewatnya minggu hadapan.

“MBI juga turut menghulurkan kit kebersihan dan makanan retort untuk meringankan beban mereka,” katanya ketika ditemui Selangorkini.

[caption id="attachment_588907" align="alignnone" width="863"] Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor (tengah) bersama Ketua Kampung Jalan Kebun Tengah, Ahmad Muhyidin Dasuki (kanan) menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Shah Alam, Kampung Jalan Kebun Tengah pada 23 Jun 2023. Foto FITRI HAZIM HAZAM/SELANGORKINI[/caption]

Terdahulu, Ahmad Azri melawat mangsa kebakaran bagi menghulurkan sumbangan berkenaan di Pusat Pemindahan Semementara Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Shah Alam Kampung Jalan Kebun Tambahan, di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Kampung Jalan Kebun Tambahan Ahmad Muhyidin Dasuki meluahkan rasa syukur atas keprihatinan MBI menghulurkan bantuan yang akan meringankan beban semua mangsa kebakaran.

“Selaku Ketua Kampung di sini saya ingin mengucapkan ribuan terim kasih kepada pihak MBI, bantuan wang tunai yang diberikan memberi sedikit kegembiraan buat mangsa setelah diuji dan memenuhi keperluan mereka,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619