AGENSI

14 jemaah haji DUN Pelabuhan Klang layak terima insentif RM500, kit syifa

22 Jun 2023, 3:30 PM
14 jemaah haji DUN Pelabuhan Klang layak terima insentif RM500, kit syifa
14 jemaah haji DUN Pelabuhan Klang layak terima insentif RM500, kit syifa

KLANG, 22 JUN: Seramai 14 jemaah haji berpendapatan rendah (B40) dan berpendapatan sederhana (M40) sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang layak menerima insentif RM500.

Wakil rakyatnya Azmizam Zaman Huri berkata senarai nama jemaah sudah dihantar kepada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI untuk menerima Insentif Haji Muassasah yang turut meliputi kit syifa.

[caption id="attachment_566014" align="aligncenter" width="750"] Ahli Dewan Negeri (ADN) Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri di Program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Pelabuhan Klang ketika program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Pelabuhan Klang di Pulau Indah pada 12 Februari 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINII[/caption]

“DUN Pelabuhan antara terawal menghantar penama yang layak mendapat insentif tersebut memandangkan ramai kalangan mereka terima panggilan cepat daripada Lembaga Tabung Haji (TH).

“Cuma ada sebahagian mereka yang sudah berlepas ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah berkenaan, jadi serahan insentif akan dibuat melalui wakil atau tunggu mereka pulang ke Malaysia,” katanya kepada Selangorkini.

Terdahulu, MBI meminta wakil rakyat menghantar segera permohonan insentif Haji Muassasah kepada pihaknya berikutan pembubaran DUN semakin hampir bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar menyasarkan seramai 3,000 jemaah daripada kedua-dua kumpulan terbabit menerima insentif RM500 termasuk barangan seperti ubat-ubatan, cecair pembasmi kuman, losyen dan pelembap bibir.

Antara syarat permohonan ialah warganegara Malaysia yang beralamat di Selangor atau telah mendaftar haji di mana-mana cawangan TH di Selangor.

Pemohon juga perlu mendapat pengesahan penawaran menunaikan haji muassasah tahun ini dari Lembaga Tabung Haji negeri Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619