AGENDA

Jentera Wanita KEADILAN siap siaga hadapi PRN

22 Jun 2023, 3:00 PM
Jentera Wanita KEADILAN siap siaga hadapi PRN

PETALING JAYA, 22 JUN: Jentera Wanita Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) bersiap siaga menghadapi pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.

Ketua Wanita KEADILAN Fadhlina Sidek berkata majoriti jentera sayap itu di peringkat negeri sudah diaktifkan termasuk memberi penumpuan kepada kerusi penting yang bakal ditandingi.

"Kita masih lagi sasarkan 30 peratus (calon wanita bertanding) untuk kali ini. Diharap keseluruhan rundingan melalui pimpinan perpaduan dapat diselesaikan dengan segera untuk dimuktamadkan supaya kita boleh tumpukan kepada gerak kerja.

"Ia khususnya kerusi yang telah pun dicapai persetujuan," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Projek Peguam-Bela Keadilan Rakyat di sini, hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari melancarkan Jentera Pilihan Raya Wanita dan Angkatan Muda KEADILAN Selangor.

Selain Selangor, lima negeri lain yang akan menghadapi PRN adalah iaitu Pulau Pinang, Kedah, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan.

Isnin lalu, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan membubarkan Dewan Negeri Selangor (DNS) pada esok untuk membenarkan PRN diadakan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619