AGENDA

Azizulhasni lonjak ranking dunia acara keirin, pecut

22 Jun 2023, 7:11 AM
Azizulhasni lonjak ranking dunia acara keirin, pecut

KUALA LUMPUR, 22 JUN: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang mendapat suntikan semangat menjelang persiapan ke Sukan Olimpik 2024 Paris apabila kedudukannya melonjak ke ranking ketiga dunia acara keirin serta keenam bagi acara pecut.

Menerusi ranking terbaharu Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), 'The Pocketrocketman' meningkat daripada kedudukan ke-10 untuk menghuni tangga ketiga di belakang juara dunia dari Belanda, Harrie Lavreysen di tempat pertama dan pelumba Australia, Matthew Richardson di posisi kedua acara keirin.

Bagi acara pecut, menyaksikan pelumba kelahiran Terengganu itu melonjak daripada kedudukan ke-19 untuk menghuni tangga keenam di belakang pelumba Jepun, Kaiya Ota di kedudukan keempat dan pelumba Israel, Mikhail Yakovlev di tangga kelima.

Ranking pertama dunia acara pecut kekal dengan Lavreysen (Belanda) mengungguli kedudukan tersebut diikuti Richardson (Australia) di tempat kedua dan Mateusz Rudyk (Poland) di posisi ketiga.

Kedudukan terbaharu diraih pelumba berusia 35 tahun itu susulan prestasi cemerlangnya meraih emas berganda menerusi acara keirin dan pecut pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023, baru-baru ini.

"Syukur, alhamdulillah. Ranking dunia semasa saya telah naik beberapa anak tangga. Seperti gambar dikongsikan kepada semua, ranking dunia saya sekarang adalah Keirin - 3 manakala Individual Sprint - 6.

"Sedikit sebanyak ini memberikan suntikan semangat untuk beraksi di Kejohanan Dunia di Glasgow nanti dan juga langkah yang amat positif dalam proses kelayakan ke Sukan Olimpik 2024 Paris," kata Mohd Azizulhasni menerusi perkongsian di laman Facebook rasminya, hari ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619