AGENDA

Hasilkan snek sihat untuk anak kini jadi sumber rezeki wanita mualaf

22 Jun 2023, 6:00 AM
Hasilkan snek sihat untuk anak kini jadi sumber rezeki wanita mualaf
Hasilkan snek sihat untuk anak kini jadi sumber rezeki wanita mualaf
Hasilkan snek sihat untuk anak kini jadi sumber rezeki wanita mualaf

Oleh DIANA ABD WAHAB

KUALA LUMPUR, 22 JUN: Bermula mengolah resipi makanan ringan tanpa bahan perasa untuk anak-anak, kini seorang mualaf bergelar usahawan selepas menyertai Liga Usahawan Wanita Selangor anjuran Selangor Youth Community (SAY).

Sofea Chan Shu Fen Abdullah, 56, penerima tempat pertama geran perniagaan SAY bernilai RM3,000 berkata dia memulakan perniagaan pada 2018 apabila yakin produk dihasilkan mempunyai nilai komersial yang boleh dipasarkan.

"Bimbang kandungan snek yang dijual di pasaran tidak berkhasiat selain mengandungi bahan perasa yang boleh menjejaskan kesihatan anak mendorong saya menghasilkan snek berasaskan kulit popia bebas bahan perasa.

[caption id="attachment_588601" align="alignleft" width="423"] Pemenang tempat kedua pengusaha perkhidmatan jahitan pembalut stereng
Nor Sabrina Nor Saidi ,37, menunjukkan pingat serta sijil yang diterima ketika Pusingan akhir Liga Usahawan Wanita Selangor di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur pada 21 Jun 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

"Tak sangka mereka suka dan menjadi kegemaran. Sejak itu saya tidak lagi menoleh ke belakang. Saya nekad keluar dari zon selesa dengan sertai program Liga Usahawan Wanita Selangor. Saya mahu jana pendapatan lebih tinggi,"katanya.

Menurut Sofea Chan Shu dia yakin hasil bimbingan SAY, snek jenama Pop Yummy yang diusahakan akan berkembang dan semakin dikenali sekali gus meraih pendapatan lebih tinggi berbanding RM4,000 ketika ini.

Sementara pemenang tempat kedua Nor Sabrina Nor Saidi, 37, berkata perniagaan perkhidmatan jahitan pembalut stereng kereta bermula untuk membantu suami menambah pendapatan selepas beliau disahkan menghidap jangkitan kuman pada otak.

“Pada mulanya suami hanya jahit untuk stereng kereta sendiri namun tak sangka dapat permintaan daripada ahli keluarga dan kenalan terdekat.

“Melihat permintaan tinggi tercetus idea sediakan mulakan perniagaan kerana kita nampak perkhidmatan ini diperlukan namun tiada tukang mahir,” katanya yang mampu menjana pendapatan sehingga RM5,000 sebulan.

[caption id="attachment_588602" align="alignright" width="500"] Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan melawat rerui pameran Pusingan akhir Liga Usahawan Wanita Selangor di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur pada 21 Jun 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Menurut Nor Sabrina geran perniagaan bernilai RM3,000 yang diterima akan digunakan untuk menambah mesin selain mahu membuka bengkel jahitan memandangkan tidak mempunyai kedai.

Geran berkenaan disampaikan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah  pada majlis di Hotel Sunway Putra semalam.

Program Liga Usahawan Wanita Selangor antara pelbagai program berimpak tinggi yang dilaksanakan negeri dengan matlamat memperkasakan wanita B40 melalui pembinaan kemahiran, ilmu dan sumber yang diperlukan untuk menjana pendapatan mampan melalui peluang perniagaan.

Program ini berteraskan latihan keusahawanan, sokongan mentor dari industri, sokongan kewangan dari segi pinjaman dan geran, dan juga rangkaian strategik komuniti perniagaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619