AGENDA

Jualan murah: Empat juta rakyat dapat manfaat, jimat RM23 juta ditampung subsidi

21 Jun 2023, 12:00 PM
Jualan murah: Empat juta rakyat dapat manfaat, jimat RM23 juta ditampung subsidi
Jualan murah: Empat juta rakyat dapat manfaat, jimat RM23 juta ditampung subsidi
Jualan murah: Empat juta rakyat dapat manfaat, jimat RM23 juta ditampung subsidi

Oleh AZIAN AZIZ

HULU KELANG, 21 JUN: Seramai empat juta penduduk Selangor menerima manfaat dari Jualan Ehsan Rahmah (JER) sejak dianjurkan pada Setember tahun lalu hingga kini.

Ketua pegawai eksekutif Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berkata dalam tempoh sama, jualan murah berkenaan turut memberi penjimatan RM23 juta menerusi pemberian subsidi oleh Kerajaan Negeri.

[caption id="attachment_588404" align="aligncenter" width="772"] Ketua Pegawai Eksekutif PKPS Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi ketika ditemui pada Jualan Ehsan Rahmah (JER) DUN Hulu Kelang di Taman Keramat, Ampang Jaya pada 21 Jun 2023. Foto HAFIZ OTHMAN[/caption]

"PKPS juga memperoleh jumlah jualan sebanyak RM45 juta sejak September hingga kini," kata Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi. selepas meninjau Jualan Ehsan Rahmah (JER) DUN Hulu Kelang di Surau Al-Taqwa, Taman Keramat di sini hari ini.

Menurut beliau jika dihitung hingga hujung tahun ini pihaknya menyasarkan enam juta rakyat Selangor akan menikmati manfaat jualan murah.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal beku (RM10/pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

[caption id="attachment_551124" align="aligncenter" width="811"] Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan keperluan asas pada harga murah ketika program Jelajah Ehsan Rakyat bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa di Dewan Serbaguna Kampung Tok Muda, Klang pada 14 September 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Jualan murah itu adalah kesinambungan Jualan Ehsan Rakyat sebelum ini yang dijenamakan semula pada 1 Jun dan diteruskan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN).

Program kendalian PKPS yang menawarkan harga 30 peratus lebih rendah daripada pasaran membantu penduduk berpendapatan rendah berjimat.

Orang ramai boleh menyemak lokasi lengkap jualan murah setiap hari (kecuali Jumaat dan cuti umum) di Facebook PKPS atau pautan linktr.ee/myPKPS

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619